Thursday, February 16, 2012

Pak Su Mid

Selepas solat Subuh 6 Februari 2012, bersama Azman Baddit (CEO D'Million Worldwide Sdn. Bhd.) dan Mohd. Jasni Ahmad Shukri (Perunding IT, Sabah), kami tinggalkan tempat penginapan yang disediakan Ustaz Tarmizi untuk rombongan. Perjalanan kami kali ini dipimpin oleh Ustaz Hj. Halim Abas dengan bantuan Hj. Khobil. Kembara akan berakhir pada 10 Februari 2012.

Dalam suasana hening Subuh kami menyelusuri jalan raya kampung menuju ke Kampung Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah dengan niat mahu bertemu Pak Su Mid. Sebelum ini, saya hanya mendengar kisahnya melalui Ustaz Hj. Abdul Halim Abas.

Alhamdulillah, kira-kira 7.20 minit pagi, kami sampai di perkarangan rumah Pak Su Mid. Keadaan yang masih kelam di samping sudah maklum dengan rutin beliau, menyebabkan kami teruskan penantian sehingga jam 8.00 pagi di sisi laman rumah Pak Su Mid tanpa mengetuk pintu rumah beliau.

Halaman rumahnya tersusun cantik dikelilingi dan dihiasi bunga-bungaan. Sekilas pandang, jiwa tertarbiah. Longgokan dedaun kering dari pokok-pokok yang tumbuh sekeliling rumah juga terlonggok cermat. Halaman tanah tanpa rumput membuatkan tapak kaki kami santai dan selesa menanti.

Pak Su Mid hanya menerima tamu setiap jam 8.00 pagi kerana selesai solat Subuh beliau akan membaca Quran. Begitulah rutin hariannya selain berpuasa setiap hari selama lebih 30 tahun kecuali hari Tasyrik. Ramai orang menziarahi beliau termasuk tokoh-tokoh politik, ahli-ahli koperat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, guru-guru, petani serta orang-orang awam.

Nampaknya kami sangat beruntung kerana kira-kira jam 7. 30 pagi, pintu rumah Pak Su Mid dibuka. Sehabis bersalaman dan duduk di sisi beliau, kami disaji tentang kisah latar belakang beliau. Kemudian, beliau perkenalkan satu demi satu guru-guru beliau kepada kami.

Semua percakapan beliau disandarkan kepada Quran selain kisah-kisah perumpamaan, pun dengan bahasa yang berlapik. Ada ketika agak sukar menyelaminya.

Cerita ini dipetik dari nukilan Nazri Aldusuni

4 comments:

  1. Paksu Mid tak ada telefon...beliau adalah hamba Allah yg berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan berpuasa...jadi fahamlah kenapa Paksu Mid x guna telefon..

    ReplyDelete
  2. Paksu Mid tak ada telefon...beliau adalah hamba Allah yg berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan berpuasa...jadi fahamlah kenapa Paksu Mid x guna telefon..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... bagaimana cara utk berjumpa dgn beliau, saya sangat berhasrat utk berjumpa dgn beliau, berkenaan dgn amanat dan tugas dari leluhur... terima kasih..

    ReplyDelete